Jurugambar, Fotografi & Editor (Artis)

Khidmat Fotografi Budget (Jurugambar Bajet)

Salam 1 Malaysia.
JANGAN PANGKAH DULU, JANGAN BERGERAK!!!
Anda di artikel yang betul. Saya tahu anda sampai sini kerana nak mencari khidmat jurufoto perkahwinan yang murah. Betul tak? Ada ke? Ada. Jangan risau. Tapi percayalah, baca ni dulu, nanti anda buat silap. Nama saya di alam maya ini adalah May, kat alam nyatapun May@Kamarul panggilannya, nama penuh saya Kamarulzaman C.M. Saya jurugambar & artis. Umur saya dah masuk 4 series, wow! Kalau kereta BMW tu, agak-agak tu berapa harganya? Heee, just joke.. Pekerjaan utama saya adalah biasa-biasa sahaja, macam orang ramai-ramai. Nak kata sangat berpengalaman, tidaklah. Adalah bakat-bakatnya. Sebab saya fokus hanya untuk keluarga. Meringankan beban kewangan pengantin, terutamanya keluarga saya. Dan saya fikir-fikir dan punya fikir melalui profesyen ini, saya boleh membantu anda semua.

Straight to the point.

Berapa bajet?
So, berapa nak bajet?
Biar saya bantu anda. Bajet terbaik ialah RM 700.00. (Wah! murah tu.) Nak Bajet RM 300.00 pun boleh. Saya boleh terangkan. Tapi kalau bajet anda melebihi RM 700.00, anda boleh pangkah sekarang. Sebab anda ada duit. Go ahead. Artikel ini untuk semua pengantin. Yang ada, dan yang kurang ada. Majlis Perkahwinan mahal. Khemah lagi, kompang lagi, catering lagi.. Tak cerita hantaran, pelamin, mekap, duit minyak rombongan, duit rokok penanggah, mana nak cari duit? (Bank ada. Buat loan. Toksah cover, saya tahu). Apa yang boleh dapat dengan RM 700.00? Ok, sebelum anda ada idea bukan bukan, saya bukan peniaga. Saya tulis entri ini dengan harapan boleh bantu anda. Perkahwinan kalau boleh sekali seumur hidup. (Jgn citer kahwin 4 dengan saya). Jadi kalau anda tidak memilih jurufoto yang betul, takkan nak ulang balik majlis kot? Anda bayar mahal untuk catering. Anda bayar untuk pelamin. Untuk mekap. Untuk kos perjalanan keluarga. Tapi bila majlis dah selesai, apa yang tinggal? Tapi sebenarnya apa yang tinggal? Jawapannya KENANGAN dan untuk abadikan kenangan ini, maka fotolah yang jadi saksi. Untuk rujukan. Jadi imbauan pada hari bahagia anda. Dan anda nak letakkan tanggungjawap itu pada cincailah. Jadi setuju dengan saya jurufoto ini penting? Cut it straight. Bajet saya RM 700.00, apa saya dapat? Lagi senang, saya cerita apa yang anda TAK BOLEH dapat dengan RM 700.00 ni. Apa yang anda mahu sebenarnya? Saya senaraikan apa yang 'bestnya' kalau dapat:

Majlis Berinai, Pernikahan, Persandingan dan Sesi Outdoor.
~ 1x Eksklusif Album 12" x 12" (20 pages)
~ 120 keping gambar 4R
~ 1x DVD Imej (Soft Copy)
~ 1x Gambar berukuran 20" x 24"
~ 2x Gambar berukuran 10" x 15"

Fuh! Ni kalau dapat ni, A dah ni!
Tak faham?
Meh saya terangkan:
a) Album berukuran 12" x 12" (20 pages)
Ni, ialah custom album. Maksudnya gambar anda dicetak di depan album, ada 20 mukasurat. Setiap mukasurat tu, gambar anda di edit menggunakan komputer, ada gambar besar, ada kecil.. cetak atas tu, dah nampak macam majalahlah! Bukan main lekat lekat atau selit selit gambar... Tapi kertasnya tebal setiap muka surat. Barulah puas tengok kan? Saiz. Ha ni penting. Anda tengok saiz tu. 12" x 12". Besar mana 12" x 12" tu? Tau pembaris panjang masa sekolah dulu? Ok, album ni SATU mukasurat saiznya satu pembaris panjang, lebar pun satu pembaris panjang! Tapi sekali kita bukak album (atau buku) kan ada 2 mukasurat, haaa... Jadi bila anda buka, panjangnya jadi 2 pembaris panjang, lebarnya 1 pembaris panjang! Fuhh! Besar kan? Meme besar..

b) Album Eksklusif beserta 120 keping gambar 4R
Pernah pergi Jusco? Pernah beli Album Gambar? Ni sama lah ni! haha! Dah tu tang mana Eksklusif tu? Ooo, camni. Ekslusif tu sebab dia cetak muka anda kat depan (Cover Depan). Kalau beli kat Jusco, muka depan kan pemandangan? Ni, dia ganti ngan muka anda dan pasangan. Edit lagi. Cantiklah jadinya.. So eksklusif la tu...! Huuuu.

c) DVD Imej (Soft Copy)
Emmm... Burn gambar anda masuk dalam DVD siap dengan edit lagi, bagi kat anda. Fuyooo... best kan? Haha!

d) 1 Gambar berukuran 20" x 24". 2 Gambar berukuran 10" x 15"
Yang ni, namanya mengada-ngada. Mudahnya gambar anda di besarkan aja, letak dalam frame. Saiz 20" x 24" tu besar mana? 24" dah sah sah 2 pembaris panjang... Dah boleh agak dah? Hehe... Dapatlah anda 1 gambar besar dan 2 gambar sedehana besar. Jangan macam tu. Ada sebab kenapa mahal. Kos sekarang bukan murah. Jurufoto nak juga jaga pendapatannya. Nak juga maintain kameranya. Tak campur promosi lagi... Penat kerja ni dik/bang/kak. Dah tu apa saya dapat dengan RM 700.00? Oleh itu, pilihan anda tak banyak. Yalah, dah bajet kita rendah, kenalah beralah. Ini yg anda boleh cuba survey atau negotiate.

Kalau RM 300.00?
Boleh juga... Tapi jurufoto ambil gambar ajalah, cuma dapat 1x Soft Copy & anda cuci sendiri. Pastu? Ok, pastu kalau anda nak buat sendiri album anda, yang paling senang ialah mock up sticky album tu. Pergi ke kedai gambar yg cetak album ni, tanya dia berapa kos. (Biasanya lebih mahal sebab anda bukan jurufoto) Anggaran dalam RM 100.00 - RM 200.00. Album sekali dengan cetak gambar 4R dalam 80 - 100 keping. Tapi design cover depan tu anda kena buat sendiri. Minta template photoshop (psd) dari kedai tu, dan anda godeh sendiri. Cover aja kut... Sekeping aja. Bukan nak buat setiap page macam custom/story album. Yang penting anda ada gambar. Ada bajet kelak, buatlah sendiri kan? Tapi kalau nak senang, ikutlah nasihat saya, bajetkan RM 700.00 +/- RM 50.00. Anda OK lah tu.

*Lain2 Pakejpun disediakan, RM400.00, RM500.00, RM900.00 & RM1200.00.
*KLIK DI SINI untuk lihat harga-harga pakej.

Lihat Pakej


May Photography:
Dapatkan setiap saat indah yang ditangkap oleh May Photography. Kedudukan terbaik, tangkap, lihat, simpan & cetak apa-apa kejadian untuk sepenuhnya. May Photography boleh didapati di sini & di Seluruh Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan Fotografi macamana yang disediakan?
Detik-detik yang indah berlaku sepanjang masa. Perbezaannya ialah, sama ada kita biarkan mereka tergelincir dan beransur-ansur hilang atau menangkap & menghargai detik-detik mereka selama-lamanya. Jom, biarkan May Photography bekerja untuk anda. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan:-


~ Fotografi Majlis Pertunangan.

~ Fotografi Majlis Perkahwinan (Berinai, Akad Nikah, Berarak, Bersanding, Makan Beradat & Menyambut Menantu, Dll).

~ Fotografi Kanak-Kanak.

~ Fotografi Bayi.




~ Fotografi Pengijazahan & Penganugerahan.


~ Fotografi Potret Keluarga (Tradisional, Klasik, Candid, Asli, Persekitaran, Dll).

~ Fotografi Perdagangan & Fotografi Acara (Majlis Hari Lahir, Acara Korporat, Parti, Parti Kanak-Kanak, Sambutan, Hari Keluarga, Dll).

No comments:

Post a Comment